Hilang sifat malu punca kenyataan tak beretika Azira Aziz

“Kenyataan Azira Aziz adalah petanda hilangnya rasa sifat malu sebagaimana saranan Nabi S.A.W dalam hadisnya yang bermaksud “Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu suka”. Ulas Ustazah Siti Umi Kalsom kepada hadirin Usrah Umum Wanita di Kilang Toyota Seksyen 15, Shah Alam. “Malu diertikan oleh ulama’ sebagai menghindarkan diri daripada perbuatan tercela, enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan.

Baca lagi: AZAN 5X SEHARI, SURAU & MASJID MESTI DAPAT KEBENARAN PENDUDUK – AZIRA AZIZ – https://www.menara.my/azan-5x-sehari-surau-masjid-mesti-dapat-kebenaran-penduduk-azira-aziz/

Jika inilah pengertian malu, maka seruan kepada berakhlak dan beriltizam dengannya merupakan seruan kepada mencegah daripada semua bentuk maksiat dan keburukan.

Bahkan sifat malu adalah sebahagian daripada kesempurnaan iman.

Tindakan segelintir umat Islam yang tanpa segan silu dan rasa malu untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sangat sinis terhadap pengamalan Islam di negara ini perlu dipandang serius. Bahkan, individu terlibat mesti bertaubat terhadap pengucapan seumpama ini kerana bimbang ucapan ini akan menggganggu keimanan. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan bahkan setiap kata yang kita lafazkan akan memberi timbangan amalan kita samada baik atau buruk di akhirat kelak. Kita tidak hidup selamanya di dunia ini sehingga boleh hebat sombong mendabik dada. Satu hari nanti, kita pasti akan bertemu Allah membawa setiap kelakuan dan ucapan kita menghadap Tuhan Maha Pencipta, Allah Azza Wajalla.” Tambah beliau lagi kepada kira-kira 20 hadirin.

 

Usrah Umum Wanita ialah siri penyampaian ilmu agama khusus kepada kaum hawa yang berlangsung secara mingguan. Antara bahan yang dibincangkan ialah Syarah Hadis 40 Imam An Nawawi, Fiqh Wanita dan tafsir ayat-ayat pilihan. Diharapkan dengan siri kuliah ini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman wanita terhadap agama yang tercinta ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s