MAPAN 2017 memberi nafas baru kepada penggerak remaja seluruh negara

Bukit Mahkota, 15 April – Baru-baru ini berlangsung program tahunan gilang gemilang Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) iaitu Himpunan Agung Penggerak Remaja Nasional (MAPAN 2017). Program gilang gemilang yang diadakan di Dewan Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar Kolej Universiti Islam Selangor ini dihadiri oleh lebih 120 penggerak – penggerak remaja dari lebih 20 cawangan KRIM seluruh negara.

Selaras dengan aspirasi KRIM iaitu menjadi pusat pembangunan remaja yang diyakini masyarakat, para penggerak yang menyertai program tersebut didedahkan dengan latihan pengukuhan yang lebih terperinci dan tersusun dalam rangka program-program pembangunan yang telah dan bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Menurut Pengarah KRIM sendiri, Cikgu Asmadi, setiap penggerak harus memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin untuk menjayakan segala gerak kerja yang telah dirancang.

Bagi KRIM Cawangan Klang, seramai 10 orang wakil penggerak yang diketuai oleh Pengarah Krim Klang, Muallim Fairul telah bersama di dalam himpunan penggerak pada tahun ini.

“InsyaAllah dengan kekuatan penggerak di Klang, Krim Cawangan akan menjadi salah sebuah cawangan yang akan membantu dari sudut keahlian krim dan juga kemenjadian ahli krim itu sendiri .”ujar Muallim Fairul.

Kemeriahan MAPAN tahun ini terpancar dengan kehadiran anugerah – anugerah untuk meraikan para penggerak berdasarkan prestasi dan pencapaian cawangan masing-masing pada tahun lalu. KRIM Kuala Lumpur telah berjaya merangkul Anugerah KRIM Terbaik 2016 dan menjadi contoh kepada para penggerak KRIM cawangan lain.

Remaja adalah aset negara yang sangat tidak ternilai. Terdapat beberapa kriteria remaja yang penting untuk dibangunkan iaitu sahsiah yang baik, bersungguh-sungguh dalam akademik, kemahiran komunikasi yang mantap, dan pengetahuan yang luas dan cakna terhadap isu umat Islam. Kriteria-kriteria ini sangat perlu dititikberatkan dan perlu ada dalam diri setiap remaja Islam bagi menjamin masa depan generasi akan datang. Justeru, program sebegini adalah sangat penting untuk dilaksanakan dan diharapkan lebih ramai lagi penggerak yang hadir pada MAPAN yang akan datang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s