Jaulah NAZIM KLANG berlatih menunggang kuda & berenang

BANTING, 23 April – Kelab Anak Hebat (Nazim) Cawangan Klang telah berjaya mengadakan jaulah yang pertamanya. Anak-anak NAZIM seramai 11 orang yg terdiri daripada 9 anak lelaki dan 2 anak perempuan dengan diiringi beberapa penggerak NAZIM bertolak dari Klang pada pukul 8.30 pagi menuju ke Kampung Kanchong Darat.

Misi kali ini ialah untuk beriadhah menaiki kuda di salah sebuah Pusat Tahfiz di kampung itu. Selepas itu, mereka dibawa ke kolam renang untuk aktiviti berenang di Kampung Sungai Kelambu tidak jauh dari Pekan Banting, Selangor.

Jaulah ini berakhir pada pukul 3.00 petang selepas anak-anak NAZIM berehat dengan menikmati makanan tengahari dan solat zohor.

Rehlah yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan pengalaman berguna kepada anak-anak NAZIM dengan mengikuti aktiviti yg menjadi Sunnah Baginda SAW iaitu berkuda dan berenang diharap dapat menjadi asas untuk mereka itu nanti membesar dengan fizikal yang lasak dan berdaya tahan disamping menimba ilmu yg berguna berkenaan aktiviti berkuda dan berenang serta suasana kehidupan yg berbeza.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s