Hari ini, pada tarikh 23 April 2017 Jam 8 malam waktu Malaysia sedang berlangsung kejohanan catur peringkat dunia, disertai oleh seorang wakil dari Malaysia, adik Afiqah Binti Salihin yang merupakan anak kelahiran klang, Selangor.

Adik afiqah dilatih sendiri oleh ayahnya, cikgu Salihin bin Ahmad yang bekerja sebagai guru bahasa melayu di SK Sungai Udang, Klang.

Berita mengenai adik afiqah ini mendapat liputan media baru-baru ini apabila ayahnya sanggup berkorban demi kejayaan anaknya itu dengan menjual rumah miliknya di Johor dengan harga RM65 ribu.

Menurut beliau, keputusan nekad itu dibuat setelah mereka cuba memohon bantuan daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Klang mengatakan mereka tiada peruntukan untuk individu.

Pemuda ISMA Klang melahirkan rasa kekesalan di atas apa yang berlaku kepada cikgu Salihin, kerana beliau melihat bakat anaknya dalam sukan catur itu terpilih sehingga ke peringkat dunia. Namun, pihak kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan kepada anak Malaysia yang berbakat ini.

Saya difahamkan, Kementerian Belia dan Sukan memohon peruntukan sebanyak RM500 Juta di dalam bajet 2017. Dengan jumlah sebanyak itu tidakkah ada sedikit bantuan yang boleh diberikan kepada mereka?

Ini bukan pertama kali anak Malaysia yang berbakat dinafikan hak mereka untuk mencipta kejayaan di peringkat dunia, Jika di negara lain mereka mencari bakat muda untuk diberikan latihan dan sokongan. Tetapi, di negara kita sudah ada yang berbakat, tetapi tidak dipandang pula bakatnya.

Sebelum ini, saya sudah mengulas berkenaan isu ini di post yang lalu di pautan berikut : https://www.facebook.com/454121971417971/photos/a.465709913592510.1073741828.454121971417971/742264969270335/?type=3&theater

Di sini, saya ingin mengajak sekalian rakyat Malaysia yang prihatin untuk turut memberikan sokongan kepada bakat muda ini yang bakal mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

Semoga dengan kejayaan adik Afiqah ini dapat menyuntik semangat anak muda sekaligus membuka mata pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil perhatian terhadap perkara ini.

Anas Hj Adnan

Ketua Pemuda ISMA Klang

Advertisements