Peranan Suami Merancang Keluarga Dakwah

Oleh: Akmal DSS

Suami sebagai ketua di dalam sesebuah institusi keluarga hendaklah berperanan dalam menentukan matlamat dan hala tuju keluarga dalam dakwah dengan menginsafi jalan dakwah itu sendiri. Sebagai contoh, jika seorang suami terlibat sebagai peserta atau penggerak suatu program, adakah isteri dan anak–anak akan ditinggalkan di rumah? Atau adakah mereka akan dibawa sekali ke program tersebut?

Inilah contoh seorang suami dan ayah yang hidupnya telah diniatkan untuk dakwah, dilemma yang tidak akan lari dari sanubari mereka. Betapa besar pengorbanan yang harus dilakukan untuk terus memacu kehadapan mengemudi bahtera keluarga menuju mardhotillah ataupun kehancuran, kerana keyakinan bahawa pekerjaan yang paling mulia di atas dunia ini ialah DAKWAH, kerja para nabi, rasul, dan untuk ummat Muhammad.

Peranan seorang suami yang pertama ialah untuk membawa keluarganya hormat akan fikrah dirinya, baik isteri dan anak-anak, mahupun keluarga mertua. Bukan memaksa mereka menerima fikrah diri, tetapi lebih kepada menerima dan menghormati prinsip dan pegangan serta jati diri.

Suami juga perlu memastikan ahli keluarganya melaksanakan adab-adab kekeluargaan dan menjadi contoh ikutan pada penduduk setempat.

Lelaki perlu memilih pasangan yang betul dalam mendirikan rumahtangga. Paras rupa bukan ukuran yang mutlak, bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik nikmat tersebut dengan izin-Nya. Carilah pasangan yang telah bersedia hati dan minda untuk menjadi serikandi dan tiang sandaran suami yang keluar berjihad di medan dakwah.

Seterusnya, suami haruslah menunaikan hak pada isteri dan anak-anak, dari segi zahiriah seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal, juga dari segi batin seperti kasih sayang, dan penjagaan emosi mereka.

Peranan suami yang paling penting sekali ialah dalam mendidik isteri dan anak-anak (seisi keluarga) dengan nilai Islami dan adab yang baik. Biasanya suami yang akan menentukan polisi kekeluargaan dan isteri yang akan melaksanakannya. Dalam mendidik anak-anak, amatlah penting untuk seorang ayah menunjukkan sikap kepimpinan atau leadership supaya anak boleh memberikan penghormatan yang tinggi dan senang menerima teguran atau nasihat daripada seorang ayah. Jadi, seorang ayah perlu membuktikan secara fizikal tentang apa yang diucapkan melalui nilai-nilai dan tingkahlaku ‘so that we earn their respect’.

Contoh yang paling mudah untuk menunjukkan sikap kepimpinan seorang ayah atau suami ialah dengan menjadi Imam pada ahli keluarga setiap kali solat berjemaah. Suami juga perlu mendidik anak agar mewarisi fikrah yang dibawa, bermula dengan usrah keluarga dengan cara yang boleh memikat hati agar anak-anak tidak lari dari matlamat keluarga yang ingin dibina, sama ada secara santai atau formal, bergantung pada keluarga sendiri.

Suami juga seharusnya ada polisi ‘membudayakan perbincangan’ dalam keluarga. Jangan mengambil mudah soal komunikasi dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi sesama ahli keluarga kerana banyak masalah yang timbul daripada masalah komunikasi yang tidak lancar. Kurangnya komunikasi akan melahirkan satu sikap negative iaitu, berperasangka atau dalam Bahasa Inggeris, assumption which is known to be the biggest source of problem in an organisation. Seorang anak akan menyangka bahawa tiada orang dalam dunia ini faham akan dirinya, seorang isteri menyangka suaminya tidak mengambil berat akan dirinya, dan seorang suami akan menyangka bahawa dia tahu segalanya. Seeloknya sikap negatif ini dihapuskan awal sebelum merebak menjadi parah.

Suami atau ayah harus membentuk anak dengan cara yang ideal seperti :-

  • Pembinaan sahsiah dari segi akhlak yang baik, ibadah yang unggul, adab yang murni, dan tutur kata yang sopan.
  • Pencapaian akademik anak-anak.
  • Soft skills seperti public speaking dan cara bergaul dengan orang tua
  • Agenda hidup – perlu tanam dalam diri anak-anak sejak mereka kecil

Last but not least, seorang suami harus tahu bagaimana untuk mengurus kewangan keluarga. Tips mengurus kewangan :-

  • Target – berapa simpanan untuk kecemasan dan sebagainya.
  • Tentukan priority – yang mana lebih utama.
  • Toleransi

Sebagai penutup kata, yang penting ialah kesediaan hati untuk diperagakan di medan dakwah. Sejauh mana kita bersedia akan tampak pada cara seorang suami dalam mencorakkan agenda dakwah keluarga. Jadi, perbanyakkan ilmu dengan menelaah banyak buku-buku ilmiah untuk kebaikan bersama.

Wallahu A’lam,

*Kupasan dari penyampai Dr. Zainur Rashid Zainuddin.
*Sesi perkongsian Santai Generasi 2.0, Pejabat ISMA Klang pada 16 April 2017

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s