KRIM jayakan kempen ‘Say No to Zina’

Klang, 25 April – Kelab Remaja Isma (KRIM) dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) berganding bahu untuk menjayakan kempen ‘Say No To Zina’ di Kolej Vokasional ,Klang .

Muallim Fairul selaku Pengarah Krim Klang telah memulakan Kempen dengan memperkenalkan latar belakang KRIM dan mempromosikan keahlian KRIM .Kemudian Kempen diteruskan dengan Ceramah Kempen “Say No To Zina” Oleh Dr Naqib Daripada I-Medik, Klang. Kempen tersebut merupakan salah satu usaha KRIM dan I-Medik untuk membantu membendung masalah sosial dengan menyebarkan kesedaran di kalangan remaja tentang bahaya zina.

“Ini adalah salah satu jelajah kami ke sekolah sekolah sekitar Klang. Kami berharap lebih banyak lagi sekolah sekolah yang akan kami jelajah dan menyebarluaskan lagi tentang kempen ini. Saya percaya dan yakin jika isu ini diketengahkan dan difahami secara baik oleh remaja di luar sana, InsyaAllah, kita dapat membantu mengurangkan gejala sosial di luar sana.” Demikian ujar Muallim Fairul selaku Pengarah KRIM Klang.

Kempen ini berakhir dengan sesi soal jawab yang mendapat respon positif daripada peserta dengan pelbagai soalan dan disudahi dengan penyampaian sedikit saguhati kepeda pelajar yang bertuah pada malam tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s