Klang, 10 Mei – Kelab Remaja Isma (KRIM) dengan kerjasama Jawatankuasa Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok berganding bahu untuk menjayakan kempen ‘Di Ambang Ramadhan’ di SMK Telok Datok .

Kempen dimulakan dengan memperkenalkan latar belakang KRIM dan mempromosikan keahlian KRIM oleh Abang Hud, JK Unit Program Umum.Sambutan keahlian sangat menggalakkan dan mendapat respon yang sangat positif daripada pelajar SMKTD. Kemudian Kempen diteruskan dengan Ceramah di Ambang Ramadhan Oleh Ust Hafizi daripada JK Unit pembangunan Ahli. Kempen tersebut merupakan salah satu usaha KRIM untuk mempromosikan keahlian KRIM dan memberikan pendedahan persiapan sebelum menjelang Ramadhan.

“InsyaAllah kami komited untuk meneruskan kempen keahlian KRIM agar semua remaja di luar sana dapat mengenali KRIM dan seronok untuk join KRIM serta dapat manfaat daripada aktiviti yang kami laksanakan.” demikian ujar Abang Hud selaku Penggerak KRIM Klang.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat tentang aktiviti KRIM Klang, boleh menghubungi Muallim Fairul di talian 013-6616676.Kami bersedia untuk menjelajah ke sekolah anda pula. Ikuti perkembangan kami di Facebook page kami iaitu Kelab Remaja ISMA (KRIM) Klang.

Advertisements