Klang, 11 Mei – “Seawal usia remaja, dah ramai yang mula berzina dan mengandung dan akhirnya buang bayi ataupun menggugurkan anak.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana majoriti yang terlibat adalah remaja Melayu Muslim. Sedangkan dibahu merekalah harapan agama dan bangsa.” Ujar Dr Naqib, ahli i-Medic yang juga Pegawai Perubatan Hospital Tanjung Karang.

Baca juga: KRIM jayakan kempen ‘Say No to Zina’

Kempen bermula selepas Solat Maghrib berjemaah di Dewan Al-Biruni, SAM Hisamuddin Sg. Bertih dihadiri oleh hampir 300 pelajar asrama sekolah tersebut. Sesi berakhir dengan sesi soal jawab dan solat Isya’ berjemaah.

Program ini adalah anjuran bersama Kelab Remaja Isma (KRIM) dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dengan kerjasama Sekolah Agama Menengah (SAM) Hisamuddin Sg. Bertih, Klang.

Sebagai makluman, kempen ‘Say No To Zina’ adalah program anjuran KRIM yang berlangsung sepanjang tahun seluruh negara. Objektifnya ialah untuk mendedahkan para remaja keburukan dan bahaya pergaulan bebas dan lain-lain tingkah laku yang menjurus kepada zina. Semoga dengan kempen ini akan dapat menyelamatkan generasi harapan bangsa dan agama.

Advertisements