Tafsir surah al Asr: Masa antara untung dan rugi

Surah al Asr merupakan antara surah yang paling pendek dalam al Quran. Namun surah ini padat dengan peringatan dan pedoman kepada manusia.

Dalam surah ini dijelaskan tiga golongan manusia yang tidak akan menanggung kerugian di dunia dan di akhirat:

  1. Golongan orang yang beriman.
  2. Orang-orang yang melakukan amal soleh.
  3. Orang-orang yang melakukan amar makruf nahi mungkar.

Masa terus beredar dari sehari ke sehari tanpa menunggu kita. Siapa cepat dan bijak merebut masa yang ada akan menang. Siapa yang lambat akan tertinggal.

Masa tidak pernah mengambil pusing apa yang berlaku disekeliling. Ia akan terus beredar menjalankan tugasnya dengan taat.

Tidak cukup bagi seorang muslim hanya beriman dan beramal soleh untuk dirinya sahaja. Bahkan seorang muslim mesti melengkapkan pakej ini dengan tanggungjawab dakwah sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakatnya. Mengajak dan membimbing manusia kepada kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Serta mencegah dan menghalang mereka berlaku mungkar.

Justeru setiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan hendaklah terlibat dengan apa-apa sahaja aktiviti dakwah dalam persatuan-persatuan Islam, AJK masjid atau surau dan lain-lain lagi bagi memastikan kita dapat memposisikan diri kita dalam amar maaruf nahi mungkar.

Setiap sumbangan kita untuk menjayakan satu-satu aktiviti dakwah tidak semestinya besar. Tidak semestinya dengan menjadi penceramah hebat, kita dikira sebagai telah melakukan amar maaruf nahi mungkar. Bahkan mungkin, dengan hanya membersihkan bilik kuliah atau mengemas bilik jamuan untuk sesi kuliah saja, Allah akan mengiranya sebagai amal dakwah jika dilakukan dengan tekun dan ikhlas.

Apatah lagi jika sumbangan yang besar dari sudut wang ringgit dan tenaga yang dilakukan dengan ikhlas. Sudah tentu Allah akan mengganjarinya dengan ganjaran yang baik di akhirat kelak.

Apatah lagi jika sumbangan yang besar dari sudut wang ringgit dan tenaga yang dilakukan dengan ikhlas. Sudah tentu Allah akan mengganjarinya dengan ganjaran yang baik di akhirat kelak.


Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin
Biro Tarbiah Isma Klang

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s