Muslimat digalakkan aktif dengan aktiviti dakwah

KLANG – Para muslimat dinasihatkan untuk terlibat dengan apa-apa sahaja aktiviti dakwah seperti persatuan-persatuan Islam, AJK masjid atau surau dan lain-lain lagi selaras dengan kehendak ayat ketiga Surah al Asr. Demikianlah penegasan Ustazah Siti Umi Kasom ketika menyampaikan kuliah wanita di Masjid Lama An Nawawi di sini.

“Tujuan kita aktif ialah untuk memastikan kita dapat memposisikan diri dalam amar maaruf nahi mungkar.” Tambah ustazah lagi.

Ustazah seterusnya menyatakan bentuk sumbangan untuk menjayakan satu-satu aktiviti dakwah tidak semestinya besar. Bahkan boleh dengan hanya membersihkan bilik kuliah atau mengemas bilik jamuan untuk sesi kuliah saja. Insya Allah, Allah akan mengiranya sebagai amal dakwah jika dilakukan dengan tekun dan ikhlas.

“Apatah lagi jika sumbangan yang besar dari sudut wang ringgit dan tenaga yang dilakukan dengan ikhlas. Sudah tentu Allah akan mengganjarinya dengan ganjaran yang baik di akhirat kelak.” Akhiri Ustazah Umi menutup sesi kuliah kali ini.

Siri kuliah di Masjid Lama An Nawawi merupakan program mingguan yang berlangsung setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi dengan Solat Sunat Dhuha, bacaan zikir Mathurat dan dikuti dengan kuliah agama. Program ini adalah anjuran AJK Muslimat Masjid dengan kerjasama Biro Wanita Isma Klang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s