Adab dan Biadab

Saya dibesarkan oleh mak dan ayah yang berasal dari kampung. Zaman muda–muda mereka biasa bertani, menoreh, menangkap ikan di sungai atau mengutip hasil-hasil hutan seperti rotan dan buah asam keping untuk di jual. Mereka tak sekolah tinggi mana pun. Hanya cukup sekadar tahu membaca menulis dan mengira. Namun cukup tegas dalam mengajar kami adik beradik tentang adab dan sopan santun.

Seingat saya, tak pernah saya ditampar jika saya biadab. Tapi habuannya lebih kepada getah paip, penyangkut baju, raket badminton dan yang paling lejen talipinggang polis. Marah benar mereka jika saya bercakap kasar apatah lagi apabila menyampuk saat orang tua-tua sedang bersembang.

Pernah sekali raket badminton berjenama Yonex menjadi ‘sajian’ saya selepas dengan biadabnya saya menyampuk jiran–jiran yang sedang rancak bersembang.

Rakan-rakan yang budiman.

Kita dikhabarkan semakin maju. Masyarakat diberitakan semakin terdidik. Rakyat dikatakan semakin berilmu. Ini hakikat. Bukan penyedap bicara semata-mata. Sayangnya dengan kemajuan, pendidikan dan keilmuan yang semakin kehadapan ini kita lupa meraikan kepelbagaian. Kita meninggalkan juah budaya hormat menghormati.

Hidup di tanah melayonesia sekian lama rukun damainya terletak kepada sejauhmana kita menghormati adab dan budaya masyarakat yang pelbagai hasil dari kepelbagaian kaum di Malaysia. Inilah antara perkara pokok yang diajar di sekolah-sekolah. Mengkagumi dan menghargai budaya sendiri serta menghormati budaya orang lain.

Orang dulu-dulu meski sekolah mereka tak tinggi, budi bahasa, adab dan kesopanan diletakkan pada satu tingkat yang sangat tinggi. Peliknya kita hari ini mampu bersekolah bertingkat-tingkat, Berijazah dari pelbagai university tetapi masih tercari-cari erti saling menghormati. Malang sungguh jika begini.

Rakan-rakan guru dan para ibubapa.

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyeru kita dalam perihal mendidik anak-anak agar melazimkan mereka dengan tatasusila umum agar apabila dewasa kelak mereka tahu bagaimana mereka harus bergaul dengan baik dalam segenap lapisan masyarakat. Bersosial dan masih tetap mengekalkan moral dan akhlak yang tinggi. Justeru beliau mengesyorkan agar anak-anak dididik seawal mungkin dengan adab-adab berikut :

  1. Adab makan dan minum
  2. Adab memberi salam
  3. Adab meminta izin
  4. Adab duduk di dalam majlis
  5. Adab bicara
  6. Adab bergurau
  7. Adab memberi tahniah
  8. Adab menziarah pesakit
  9. Adab memberi takziah
  10. Adab orang bersin dan menguap.

Pendetailan mengenai adab–adab ini ada dicatat dalam salah satu kitab ulung beliau; “Pendidikan anak-anak dalam Islam”. Dengan keilmuan beliau, beliau percaya bahawa inilah sebaik-baik kaedah asas dalam menyemai ketertiban seseorang dalam bermasyarakat.

Mudah-mudahan dengan tersemainya adab dan susila sebegini tidak akan berlaku isu biadap dalam bicara apatah lagi tampar menampar dikhalayak ramai. Ambil iktibar dari apa yang berlaku buat panduan generasi akan datang. Semoga anak-anak kita semakin bijaksana seperti bait dalam Mantera Beradu, masuk tempat orang bawa otak bukan pisau.

Cikgu Asmadi Abdul Samad
Yonex lagi sakit dari penampar

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s