“Abi esok hari guru…,”ujar anakku.
“Ha ah, Azzam nak bagi hadiah apa?” Balasku sambil merenung matanya.

Dahinya berkerut-kerut menandakan mungkin masih dalam dilema apakah hadiah yang sesuai.

“Tak pasti la, abi..” jawab Azzam seperti seorang dewasa yang nak memberikan kejutan pada gurunya.

Garu kepala abinya nak fikirkan, nak bagi hadiah apa…..
Menjelang 16 Mei setiap tahun,para guru paling seronok. Apatah lagi guru diangkat sebagai seorang raja ataupun pemaisuri pada ketika itu.Walaupun tidak dihamparkan permaidani indah tetapi guru tetap dengan prinsipnya .

Mengajar adalah bidang utamanya.

Tanpa jemu dan putus asa, itu adalah kerja hakikinya.

Walaupun jika hendak dinilai dengan wang dan harta.

Ia tidak dapat diganti dan dibayar dengan apa yang telah diberikannya dan digadaikannya demi anak murid yang tercinta.

Herdikan dan ketidakpuashatian ibubapa diterima seadanya dengan redha.

Adakah dengan sedikit kesilapan dilakukan, dipukul rata kesemuanya.

Sedangkan banyak lagi kebaikan dilakukan yang tidak dimuhasabahkan.

Wahai guru.

Jasa kalian sangat banyak, jika nak dihitung tiada tolak bandingnya.

Melihat kemenjadian murid, tidak terhitung kegembiraan di saat itu.

Syakhsiyah terbentuk, Akademik Cemerlang dan menjadi insan yang memberi manfaat pada Ummah.

Inilah Natijah yang diperolehi apabila dididik oleh insan yang bergelar seorang guru atau murabbi ummah.

Yang Ikhlas mentarbiyyah.

Yang sentiasa menjadi Qudwah.

Yang mengajar erti kehidupan kepada muridnya.

Yang menyayangi muridnya seperti anak-anaknya.

Yang sangat mengambil berat kisah hidupnya.

Yang sangat membantu ketika dalam kesusahannya.

Yang menjadi teman setia tatkala ditimpa ujian.

Yang sentiasa mendoakan agar anak muridnya diberikan hidayah untuk terus istiqamah dengan Islam walaupun dimana mereka berada.

Buat sahabat sahabat yang bergelar guru, Selamat Hari Guru!!!

Teruskan perjuangan mendidik dan mentarbiyyah anak-anak syurga pewaris dan pemimpin di masa depan.

“Selamat Hari Guru Buat Diriku juga.”


Muallim Fairul

Advertisements