Setia Alam 21 Mei – “Kedatangan bulan Ramadhan amat dinantikan oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda sehinggakan ada doa khusus tiga bulan sebelum Ramadhan agar dapat bertemu dengan bulan mulia tersebut.” Ulas salah seorang panel forum.

“Ya Allah berkatilah kami dengan bulan Rejab, berkatilah kami dengan bulan Syaaban dan sampaikanlah dengan bulan Ramadhan.” Demikianlah maksud doa tersebut.

Para panel seterusnya menjelaskan persiapan yang dibuat oleh para sahabat nabi bukan sekadar berdoa sahaja tetapi disusuli dengan perbanyakkan ibadah seperti berpuasa sunat, solat sunat dan lain-lain lagi. Semua ini adalah sebagai latihan dan pencetus semangat untuk merebut ganjaran yang Allah sediakan sepanjang Ramadhan.

Seterusnya hadirin dijelaskan cara-cara dan persiapan menurut qudwah yang ditunjukkan oleh para sahabat untuk menyambut Ramadhan.

Forum yang dipengerusikan oleh Ustazah Hayati Adni ini menampilkan Ustazah Noriah Yusoh dan Ustazah Siti Umi Kalsom daripada Wanita Isma sebagai panel. Sesi soal jawab juga seusai forum yang berlangsung sepagi itu telah digunakan sepenuhnya oleh para hadirin untuk mendapatkan penjelasan kemusykilan masing-masing.

Forum ini adalah anjuran bersama Muslimat Surau as Salam Setia Alam dan Wanita Isma Klang dan merupakan salah satu acara yang disusun khas untuk membantu muslimat menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.


Advertisements