Usrah Wanita bincang persiapan menyambut Ramadhan

KLANG, 19 Mei – Para Muslimat dinasihatkan supaya berperanan menghidupkan suasana ibadah di rumah masing-masing sempena bulan Ramadan dengan menghias rumah untuk sambutan bulan barakah ini.

“Sepatutnya rumah kita dihias cantik, kemas dan bersih untuk sambut Ramadhan. Bukannya seminggu sebelum menyambut raya.” Ulas Ustazah Rozanita pada petang itu.

“Barulah timbul semangat dan perasaan teruja anak-anak dan ahli keluarga untuk sambut tetamu agung ini iaitu Ramadhan.” Tambahnya lagi.

Selain itu digalakkan juga untuk menyiapkan segala keperluan sambutan hari raya lebih awal seperti mengecat rumah, membeli kuih dan pakaian raya dan lain-lain persiapan. Seelok-eloknya sebelum menjelang bulan Ramadhan.

“Tujuannya ialah untuk memastikan ibadah kita pada bulan Ramadan ini tidak diganggu dengan kesibukan sambutan hari raya.” Tegas Ustazah Siti Umi Kalsom pula kepada hadirin.

Seterusnya Ustazah Umi menasihatkan agar para muslimat mengambil sebaik mungkin peluang pada Ramadan ini untuk meningkatkan amal ibadah kita termasuk tilawah al Quran, qiyamullail,bersedekah dan meninggalkan dosa-dosa mengumpat serta membuang masa.

Usrah wanita kali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada Ustazah Rozanita dan Ustazah Siti Umi Kalsom sempena Hari Guru.

Usrah Umum Wanita ialah siri penyampaian ilmu agama khusus kepada kaum hawa yang berlangsung secara mingguan. Antara bahan yang dibincangkan ialah Syarah Hadis 40 Imam An Nawawi, Fiqh Wanita dan tafsir ayat-ayat pilihan. Diharapkan dengan siri kuliah ini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman wanita terhadap agama yang tercinta ini.

​​

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s