Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ..

Alhamdulillah, kini Ramadhan kembali lagi, iman ini meronta-ronta untuk menyahut seruan Ilahi. Semangat mujahadah akan membara kembali dan pastinya Ramadhan kali ini mendidik kehebatan muslim sejati.

Wahai pejuang kebaikan, maralah kehadapan. Wahai pelaku maksiat dan kejahatan, berundurlah. Ramadhan ini adalah medan bagi jiwa yang kuat dan hebat.

Marilah kita berpuasa dengan penuh keazaman dan keinsafan. Tadabburlah al Quran dengan kebasahan jiwa yang sedar. Bertarawihlah sebagai kekuatan stamina dan kesatuan. Akhlak yang luhur menguatkan keperibadian sebagai perisai keamanan.

Berbelanjalah demi kebaikan dan belas kasihan sewajarnya untuk semua umat yang masih menderita dan kekurangan. Ramadhan mendidik kita agar merasa cukup dan elakkan pembaziran. Munajatlah di malam hari kelak Lailatul Qadar menjelma menyinari sanubari.

Ya Ramadhan.. perjuangan ini tidak pernah terhenti, kemenangan Badar detik bersejarah, sumber kekuatan merubah peradaban. Ayuh wahai saudaraku, persiapkanlah Ramadhanmu, agar kita sama-sama merealisasi cabaran yang bakal ditempuh.

Sulaiman bin Mohd Nor
Yang Dipertua Isma Cawangan Klang

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s