Ustazah Noriah kumpul jiran untuk sambut Ramadhan

KLANG, 20 Mei – Persiapan menyambut Ramadhan di Taman Seri Rantau, Rantau Panjang di sini dimeriahkan lagi dengan majlis perkongsian ilmu oleh Ustazah Noriah Yusoh yang bertemakan ‘Ramadhan yang dirindui’.

“Puan-puan yang dikasihi sekalian, Ramadhan yang bertandang setahun sekali ini perlulah diisi dengan sebaik-baiknya dengan bacaan al Quran dan menghidupkan malam-malamnya dengan solat tarawih.

“Sesungguhnya Ramadhan itu ibarat bekas dan al Quran adalah isinya.” Ujar Ustazah Noriah membuka bicara pada petang itu.

Perkongsian ilmu yang berlangsung di rumah beliau yang juga merupakan Ketua Wanita Isma Cawangan Klang telah mengumpulkan jiran-jiran setaman turut membincangkan persiapan yang perlu dibuat sebelum menjelangnya Ramadhan. Antara persiapan tersebut ialah:

  1. Persiapan akal – mengulangi atau belajar ilmu tentang fiqh Ramadhan.
  2. Persiapan Rohani – perbanyakkan doa, istighfar dan perbaiki hubungan silaturahim sesama jiran, sahabat adik beradik serta rakan taulan.
  3. Persiapan fizikal – membersih dan menghias rumah,telekung dan sebagainya.

Program ini merupakan salah satu acara yang disusun khas oleh Biro Wanita Isma Klang untuk membantu muslimat menyambut kedatangan bulan yang mulia ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s