BANDAR PUNCAK ALAM, 24 Mei – Satu ceramah khas bersempena menyambut kedatangan Ramadhan telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan mahasiswi. Dianggarkan hampir 125 orang telah hadir ke ceramah ini.

Ceramah yang diadakan di gelanggang futsal Kolej Dahlia, UiTM Puncak Alam telah disampaikan oleh Ustazah Khairiah selaku penasihat PEMBINA UiTM Puncak Alam.

Ceramah yang bertajuk “Ramadhan Datang Lagi” adalah anjuran JPK Dahlia dengan kerjasama PEMBINA UiTM Puncak Alam.

Di akhir slot ceramah ini telah berlangsung slot pengenalan PEMBINA yang disampaikan oleh Saudari Hazimah selaku Ketua Beliawanis PEMBINA UiTM Puncak Alam dan promosi keahlian di booth PEMBINA.

Diharapkan dengan penganjuran ceramah ini dapat membantu mahasiswi menjalani ibadah puasa dengan lebih baik lagi.

Advertisements