Madradah Ramadhan menjelma lagi. Sebagai ibubapa, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Begitu juga dengan Ramadhan kali ini. Ada yang telah menetapkan misi dan visi di bulan Ramadhan pada tahun ini. Begitu juga dengan apa yang hendak dilakukan kepada anak-anak sepanjang bulan Ramadhan.

Jadi kita sebagai ibubapa, wajib menyiapkan anak anak dan mengaturkan rutin harian mereka di bulan Ramadhan ini dengan melaksanakan perkara perkara yang bermanfaat dan mendatangkan ganjaran pahala di sisi Allah.

Kebetulan pula, bulan Ramadhan kali ini jatuh pada cuti sekolah. Jadi anak anak akan berada di rumah selama dua minggu. Adakah kita ingin melihat anak anak berpuasa tanpa ada aktiviti yang boleh mendatang pahala pada anak-anak. Ataupun kita ingin melihat anak-anak membuang masa dengan menonton televisyen dan rehat di rumah tanpa buat apa-apa.

Di sini saya syorkan 10 aktiviti bermanfaat untuk anak-anak semasa cuti sekolah.

1. Gotong-royong

Mengajak anak anak bergotong royong dan menghias rumah sempena menyambut kedatangan Ramadhan. Jadikan ia seperti satu hari yang cukup bermakna buat anak anak. Adakan saat-saat yang boleh memberikan mereka merasai kedatangan bulan Ramadhan.

2. Misi & Visi di Bulan Ramadhan

Aktiviti:

i) Tuliskan apa yang ingin di capai sepanjang bulan Ramadhan di atas kertas yang paling cantik

ii) Kemudian tampal di ruang yang mudah anak anak Nampak contohnya di ruang tamu, meja belajar, bilik tidur dan bilik belajar.

3. Carta Ramadhan

Senaraikan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bergantung pada misi dan visi yang telah ditetapkan. Siapkan satu carta Ramadhan untuk anak-anak supaya setiap hari anak anak akan menilai dan melihat perkembangan setiap hari.Ibubapa akan memantau perkembangan anak anak ini.

4. Hadiah

Ibubapa memberi hadiah kepada anak-anak setelah selesai melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan sebagai motivasi untuk meneruskan keesokkan harinya. Jangan memberi tekanan pada anak-anak, sedangkan kita yang tidak merancang untuk aktiviti mereka di rumah.

5. Solat berjemaah & solat Tarawih

Bawa anak anak solat berjemaah dan solat tarawih di Masjid.Pastikan setiap waktu di bawa ke masjid atau solat berjemaah di rumah jika tidak sempat ke masjid.

6. Quran di hati

Aktiviti: Tetapkan bacaan anak anak setiap hari berapa muka surat.

Dan adakan aktiviti tilawah bersama dengan anak-anak.

7. Bersahur dan berbuka puasa

Amalkan sentiasa bersahur berbuka puasa bersama-sama .Berikan tugasan yang perlu dibuat sebelum berbuka terutamanya. Tugasan yang diberikan biarlah sesuai dengan umur dan hadnya.

Sebagai contoh kemas rumah, baca doa, memberi tazkirah dan lain-lain lagi.

8. Ulangkaji pelajaran

Tetapkan waktu ulangkaji pelajaran bagi anak anak yang akan menghadapi peperiksaan.Jangan abaikan pelajaran walaupun kita sibuk beramal ibadah. Ulangkaji tetap perlu dibuat. Jika ada tuisyen teruskan dengan aktiviti kelas tuisyen tersebut.

9. Kem, motivasi dan Kelas bimbingan

Jika ibubapa mempunyai lebihan duit, saya cadangkan anak-anak ini dihantar ke kelas hafazan,kelas qiraati, Kem Quran, Kelas kelas bimbingan bagi subjek subjek kritikal dan banyak lagi aktiviti yang berbayar dan bermanfaat untuk anak anak .

10. Muhasabah

Aktiviti akhir ini boleh dilakukan sama ada selesai solat terawih, ataupun setelah selesai aktiviti bertadarus bersama. Cukuplah sekadar kita berkumpul bersama dengan anak-anak dalam masa tak sampai 10 minit untuk saling menegur dan melihat prestasi setiap hari untuk kita kekal konsisten dan perbaiki kelemahan yang ada serta menambahbaik untuk keesokan harinya.

Moga bermanfaat cuti sekolah anak anak anda sepanjang bulan Ramadhan ini.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Ramadhan Kareem.



Muallim Fairul
Pengarah Kelab Remaja Isma (KRIM)
Cawangan Klang

Advertisements