Buat putera dan puteri tanah air, ini pesan kami buat kalian

Alaf ini kalau dikaji betul- betul merupakan alaf yang sangat mencabar untuk ditempuh oleh seorang remaja. Apatah lagi sekiranya bekalan ilmu dan kefahaman mengenai islam dan kehidupan yang diterima di fasa ini amat sedikit berbanding keperluannya pada masa kini…

Baru-baru ini memang kecoh dengan pendedahan berkenaan ‘pornstar ig’ di media sosial. Sebuah isu terkait sosial dan pornografi yang sememangnya memeningkan kepala para ibu bapa dan pendidik. Penggerak Remaja di Kelab Remaja Isma sepanjang Kempen ‘Saya No To Zina’ di sekolah-sekolah seluruh negara kerap kali juga menerima aduan mengenai isu sebegini daripada para remaja dan guru-guru. Dan ini yang sering kami pesan kepada adik-adik remaja yang berprogram bersama kami.

Buat para putera tanah air,

Menyedari hakikat kenikmatan yang ditayangkan dalam filem-filem porno itu adalah palsu semata. Sisi gelap industri pornografi tidak pernah terdedah kerana ditutup dengan sistem dan laba yang melimpah ruah. Berapa ramai sebenarnya yang menanggung azab dan sengsara dalam industri berkenaan yang akhirnya mengambil jalan mudah mengakhiri hidup dengan membunuh diri. Apakah kalian juga inginkan perkara yang sedemikian berlaku kepada adik-adik dan kakak serta ibu-ibu kalian sendiri?

Kembalikanlah kefungsianmu sebagai pendidik dan pelindung kepada kaum wanita. Bukan sebagai pembuli yang mengambil kesempatan atas kelemahan dan khilafnya seorang wanita. Apakah kalian juga ingin adik perempuan, kakak atau ibu-ibu kalian dibuli oleh lelaki yang sering mengambil kesempatan ke atas mereka sepertimana kalian mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita lain?

Kalian punyai potensi dan kelebihan yang pelbagai. Ramai dari kalian telah berjaya baik dalam bidang akademi, sukan dan pelbagai bidang yang diterokai. Apakah dalam hidup kalian hanya ingin menjuarai kepuasan nafsu syahwat yang mengalahkan haiwan itu? Amat malang sekali sekiranya kalian berfikiran sedemikian. Di mana lagi tempat bergantungnya adik-adik, ibu dan kakak-kakak suatu hari nanti jika bukan kepada kekuatan dan kepimpinan kalian.

Masyarakat dan negara juga mengharapkan kalian wahai putera tanah air. Mengisi tampuk kelangsungan sebuah negara yang maju, makmur dan adil adalah letaknya di tangan kalian. Bahkan halatuju negara juga tergantung sepenuhna kepada kalian. Para pemimpin sekarang dan orang-orang terdahulu akan mengakhiri kehidupan mereka mengikut sunnah alam. Membaca cita dan impian bernegara mereka ke dalam lahad masing- masing. Dan pada ketika itu terserahlah semuanya kepada kalian wahai putera tanah air.

Islam juga mengharapkan kalian. Islam bukan sebuah agama magik yang mampu tertegak semata-mata dengan perkara ajaib mahupun keramat para wali semata- mata. Islam tertegak atas usaha, perjuangan dan pengorbanan para pendokongnya. Para lelaki muda sepertimana yang pernah dilahirkan oleh Generasi Rasulullah saw. Orang muda yang kuat tubuh badannya, tinggi cita-citanya dan kukuh iman dan takwanya. Ya… orang-orang seperti kalian. Yang menjadi harapan agama ini. Maka peliharalah diri kalian dari menjadi tunggangan nafsu yang tidak mengenl halal dan haram.

Buat puteri tanah airku,

Kalian sememangnya cantik. Itu anugerah yang Allah kurniakan kepada kalian. Hargailah kecantikan kalian dan lindungilah ia sebaiknya dengan pakaian yang dittapkan syariat. Peliharalah kalian akan kecantikan itu dari mata-mata iblis yang sentiasa membayangkan kalian dalam keadaan berbogel tanpa pakaian. Itulah pandangan dari mata seorang lelaki yang tidak pandai menundukkan pandangan mereka mengikut ajaran islam.

Lelaki yang baik akan sentiasa datang kepadamu dengan akhlak dan pekerti yang tinggi. Meminta izin mendekatimu seperti mana dianjurkan agama. Melafazkan akad sebagai sumpah sehidup semati bersama dunia akhirat. Bukan dengan mengenyit-mengenyit mata atau bersiul-siul seperti memanggil haiwan ternakan dari kandang-kandang simpanan mereka. Maka jika datang lelaki-lelaki yang sebegini seeloknya dijauhi dari mereka kerana sekiranya kalian tahu apa yang bermain dan terbayang di dalam minda mereka nescaya kalian akan meminta mereka dibunuh serta merta.

Wahai puteri tanah airku,

Tinggikan harga dirimu dihadapan manusia,rendahkan hatimu di hadapan Allah. Jadilah kalian gadis yang sukar didekati lelaki berhidung belang kerana kesombongan kalian melayani mereka tetapi rebutan lelaki penyunting syurga kerana dekatnya kalian dengan tuhan. Kalian meminta cinta dari pemilik cinta hakiki yang menghadiahkannya hanya kepada mereka yang bersih hatinya. Bukan mengemis cinta dari lelaki yang hatinya didiami binatang buas yang sentiasa lapar.

Batasan aurat dan pergaulan yang ditetapkan syarak tidak sekali-kali berniat mengongkong kalian dari memperagakan kecantikan kalian, bahkan ianya meletakkan kecantikan kalian pada tempat dimana ianya akan dihargai sebaiknyan oleh orang – orang yang pandai menghargainya. Apalah ertinya permata yang cantik dan mahal harganya jika jatuh ke tangan seorang pembuat kaca yang tidak pandai menilainya. Nescaya akan dicampak dan dilonggokkan bersama butiran pasir yang lain untuk dibuat kaca. adi harapan agama ini. Maka peliharalah diri kalian dari menjadi tunggangan nafsu yang tidak mengenl halal dan haram.

Buat kalian putera dan puteri tanah air,

Kami para penggerak remaja juga seperti orang-orang lain yang terikat dengan sunnah alam. Sampai masanya kami akan kembali kepada pencipta kami membawa semua hasrat dan impian kami terhadap kalian. Dalam hayat kami,kami kami tumpahkan segala usaha dan keringat untuk bersama kalian para remaja. Bukan kerana segala keburukan dan sejarah hitam yang kalian coretkan tetapi kerana kebolehan dan kemampuan hebat yang ada pada kalian

IMG_20170512_203642

Asmadi Abdul Samad
Kelab Remaja Isma
Selalu bersama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s