Generasi Z dalam realiti dakwah

Barat mengklasifikasikan generasi berdasarkan peristiwa atau “event” besar yang dilalui generasi tersebut sepanjang mereka membesar. Pengalaman generasi berhadapan dengan peristiwa atau “event” tersebut dianggap menentukan tingkahlaku generasi tersebut. Sebagai contoh Gen Z dianggap sebagai “chameleon generation” kerana tidak suka dengan identiti agama atau bangsa. Ini disebabkan pengalaman mereka memerhatikan generasi persekitaran mereka berhadapan dengan kesan…

Bila nak marah

Saya pernah bawa masuk segenggam cili api ke dalam kelas. Menunjukkannya kepada murid yang mulutnya cukup tidak terkawal. Sesuka hati mengejek dan menggelarkan ayah orang lain cacat. Teruk dia dimarahi saya sehinggakan tidak didengari lagi selepas itu dia mengulangi perbuatan itu. Semalam ada yang bertanya saya, tak bolehkah memarahi anak? Nanti bimbang anak naik kepala….

Pemerintah yang mendidik

Tahu tak? Terdapat segelintir murid tahun 1 yang ada tabiat yang menjijikkan. Segelintir, maksudnya sedikit. Tak semua dan tak ramai. Minoriti. Apa benda tabiatnya tu? Mereka ni suka korek-korek hidung dan kemudian makan tahi hidung tersebut. Ya kawan, ini betul-betul. Memang ada kena mengena dengan yang hidup. Awal -awal masuk sekolah memang ini antara perkara…

Hijrah Darwisy; Aku ingin membaca

Kali ini kelihatan mereka bersungguh-sungguh bertekak. Urat-urat dileher mereka menimbul bagai dipam-pam seiring dengan kuat dan bingitnya suara mereka. Merah padam wajah mereka barangkali kerana berusaha keras meneran keluar suara untuk didengar. Bilangan mereka hanya 5 orang anak-anak bertubuh kecil. Lebih kecil dari tubuh Mr. Frodo Banggin dan rakan Hobbitnya dalam kisah Lord Of The…

Siaplah kau esok!

Kebelakangan ini kepala memang sentiasa memikirkan seorang budak di dalam kelas saya di sekolah. Sentiasa ada sahaja aduan dari murid lain terhadapnya. Dan kebiasaannya memang aduan mengenai tingkahlakunya yang kasar dan sering menyakiti rakan-rakannya yang lain. Orang kata ini masalah biasa budak-budak. Di rumah juga kadang-kadang begitu. Abang memukul adik, adik pukul kakak dan macam-macam…

‘Biadap’ Beer Festival 2017

Saya pernah mengajar di sebuah Sekolah Tamil di kawasan Kuala Lipis sekitar tahun 2004-2006. Pengalaman yang menarik dalam sejarah perguruan saya. Anak-anak di sekolah tamil ini kebanyakannya cergas, aktif dan lasak. Mungkin suasana kehidupan di ladang getah membuatkan tingkah laku mereka begitu. Ramai juga yang bijak-bijak. Menguasai bahasa melayu dan juga bahasa Inggeris dengan baik….

Aspirasi Anak Muda Negara

500 tahun dijajah bukanlah satu jangka masa yang pendek. Tempoh puaka ini telah cukup lama memadamkan sejarah keagungan dan kegemilangan, mencairkan jatidiri dan melupuskan identiti suatu bangsa yang pernah memerintah nusantara. Kini setelah 60 tahun merdeka kita masih lagi mencari–cari solusi bagaimana untuk bangkit. Meski ada yang mengatakan bahawa untuk bangkit kita harus kembali kepada…

Balik kampung (bahagian ii)

Rumah arwah datuk dan nenekku suatu ketika dahulu terletak di kawasan yang agak pedalaman. Tidak dapat dihubungi dengan jalan raya melainkan keretapi atau menaiki bot menyusur sungai Lipis dan Sungai Jelai. Hujung tahun 80an masih menempuh malam dengan api pelita atau lampu minyak minyak tanah bagi yang mampu memilikinya. Belum ada eletrik. Jalan kampung berbatu…