Iftar jamaie Isma Klang eratkan silaturahim sesama ahli

KUALA SELANGOR, 12 Jun – Iftar Jamaie atau berbuka puasa secara beramai-ramai Isma Klang pada tahun ini telah mempertemukan sebahagian besar ahli yang mencakupi kawasan dari Puncak Alam sehinggalah ke Banting, Selangor. “Sesungguhnya ketibaan Ramadhan menjadi medan merapatkan tautan ukhuwah dan silaturahim sesama kita. Ramadhan tiba dengan membawa rahmatnya yang membuka peluang-peluang seperti berbuka bersama,…

Bakul kasih Ramadhan

Berikanlah sedikit kegembiraan buat fakir miskin dan golongan asnaf meraikan Ramadhan dan Syawal kali ini. Seperti tahun-tahun lepas ISMA Klang bersama rakan-rakan agensinya mengajak anda sama-sama menyumbang dalam projek Bakul Ramadhan 2017. Sumbangan dalam bentuk wang tunai dialu-alukan! Semua sumbangan bolehlah disalurkan ke: No. Akaun: 5622 7260 1797 (Maybank) Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia Hubungi Pn….

Aktiviti cuti sekolah dalam Ramadhan

Madradah Ramadhan menjelma lagi. Sebagai ibubapa, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Begitu juga dengan Ramadhan kali ini. Ada yang telah menetapkan misi dan visi di bulan Ramadhan pada tahun ini. Begitu juga dengan apa yang hendak dilakukan kepada anak-anak sepanjang bulan Ramadhan. Jadi kita sebagai ibubapa, wajib menyiapkan anak anak dan mengaturkan…

Ramadhan Di Sekolah : Soalan yang biasa ditanya ibubapa

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu Ramadhan. Bagi para ibubapa dan guru, Ramadhan bersama anak- anak di sekolah punyai gelagat dan aneka ragamnya yang tersendiri. Untungnya bulan puasa tahun ini serentak dengan cuti sekolah selama dua minggu. Sempatlah para ibubapa melatih anak-anak berpuasa dirumah sebelum berpuasa di sekolah. Selalunya pada waktu-waktu begini juga…

Jaulah NAZIM KLANG berlatih menunggang kuda & berenang

BANTING, 23 April – Kelab Anak Hebat (Nazim) Cawangan Klang telah berjaya mengadakan jaulah yang pertamanya. Anak-anak NAZIM seramai 11 orang yg terdiri daripada 9 anak lelaki dan 2 anak perempuan dengan diiringi beberapa penggerak NAZIM bertolak dari Klang pada pukul 8.30 pagi menuju ke Kampung Kanchong Darat. Misi kali ini ialah untuk beriadhah menaiki…

Nazim Klang bertekad pertahankan kejuaraan

Klang – Kelab Anak Hebat (NAZIM) Cawangan Klang telah memulakan latihan intensif sejak minggu lepas lagi sebagai persediaan untuk Kejohanan Sukan Tradisional NAZIM 2017 yang akan berlangsung bulan hadapan.  “Kami mengambil inisiatif untuk memulakan latihan lebih awal untuk memastikan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2015 dapat dipertahankan.  Selain itu diharapkan latihan yang lebih awal ini…