Lawatan sambil belajar NAZIM Klang ke Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang pupuk kesedaran keselamatan

KLANG, 27 Julai – Lawatan ‘Sehari bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM)’ dengan kehadiran seramai 17 orang peserta dari Kelab Anak Anak Hebat (NAZIM) Klang bersama 9 orang pengiring telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas.

Lawatan ini diadakan dengan objektif untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang isu-isu keselamatan umum serta fungsi dan peranan APM dalam memberi perlindungan dan bantuan kepada orang awam.

Kehadiran Anak anak NAZIM ke APM Klang telah disambut terbuka oleh pegawai APM iaitu Koperal Azura, Koperal Azimah dan Asmidin dengan memberi pengenalan tentang APM beserta fungsi dan peranannya.

Peserta juga didedahkan mengenai rawatan kecemasan di mana mereka diajar bagaimana memberi rawatan kecemasan bagi kecederaan luka di kepala dan patah tangan.

Peserta juga dibawa ke unit panggilan kecemasan dan diterangkan peranannya dan juga dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan ke nombor 999 jika tiada kecemasan berlaku.

Akhir sekali peserta di ajar cara memadam kebakaran dengan mengunakan alat pemadam api.

Lawatan ini berakhir pada 12 tengah hari. Semoga anak-anak NAZIM dapat mengetahui peranan APM dan mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang lawatan jika berlaku kecemasan.

Syabas dan tahniah juga kepada Umi Fauziah selaku pengarah program dan semua urusetia yang menjayakan program lawatan ‘Sehari Bersama APM’ ini.

Tinggalkan komen